Tips Ajar Anak Membaca. Ramai Anak Anak Sudah

Tips Ajar Anak Membaca. Ramai Anak Anak Sudah

Tips ajar anak membaca. Ramai anak anak sudah boleh membaca pada usia 3tahun dalam tempoh 3bulan sahaja dengan Set Bacalah Anakku dan terbukti ramai ibubapa yang telah menggunakannya.

Antaranya yang terawal berjaya belajar membaca ialah adik Nurani Mohd Fahmi ini boleh membaca pada umur 3 tahun 8 bulan. Nurani merupakan anak sulong kepada sahabat saya Puan Rohayati Fahmi dari Nibong Tebal, Pulau Pinang...beliau merupakan seorang ibu yang hebat..anaknya kini bukan sahaja boleh membaca buku buku dalam bahasa melayu, malah boleh membaca juga buku buku dalam bahasa inggeris...ianya bukan mudah bagi ibu ini, tetapi Puan Rohayati ni memang gigih berusaha, tahniah buat ibu dan anak ini...

Video Nurani boleh membaca pada umur 3tahun 8bulan http://youtu.be/mevOFy2HtdQ

Ini pula kisah anak lelaki, Irfan 3 tahun 3 bulan baca Buku siri ke-5 Bacalah Anakku...Petua ibu kepada Irfan, Puan Azma Niza, - Tiap malam akak peruntukkan 5-10 minit hari2 isnin - jumaat (waktu malam), hari cuti sabtu ahad 10 minit 3 kali sehari .

http://www.youtube.com/watch?v=MYUDftTjPF0

Ini pula Tips dari Puan Nik Eliani Nik Nawi, pakar mengajar anak membaca, Untuk Mula Mengajar Anak Membaca, bahan diperlukan ialah:

1. Buku 1 Bacalah Anakku.
2. Kad a i na ni
3. Carta poket

Cara mengajar, rujuk video dan kemudian:

Setelah mengajar pelajar bunyi a, i, u, dan gabung bunyi na, ni dan nu, pelajar akan diajar membaca perkataan 'ana', 'ani'. 'ina' dan 'ini'.

1. Letakkan kad 'a' di dalam carta poket dan minta pelajar membaca. ( /a/ )
2. Kemudian letak 'na' dan minta pelajar membaca suku kata tersebut. ( /na/ )
3. Dengan menggunakan penunjuk atau jari, minta pelajar membaca sekali lagi, 'a' dan 'na' ( yang masih dijarakkan).
4. Rapatkan 'na' kepada 'a'. Dengan menggunakan jari, minta pelajar baca 'ana' ( 3 kali).
5. Kemudian guru menyebut /ana/ dengan intonasi yang betul.Minta pelajar mengulangi perkataan tersebut beberapa kali.

6. Ulang Langkah 1 - 5 untuk perkataan 'ani', 'ina' dan 'ini'

7. Beri pelajar aktiviti penulisan yang sesuai dengan tahap mereka. Menekap / menyalin / menulis (imlak) sambil guru melakukan semakan individu buku 1 Bacalah Anakku.

8. Main permainan bahasa 'Bingo Perkataan' atau 'Cuba ingat' dan lain-lain permainan yang sesuai di dalam Buku Permainan Kreatif.

Semakan individu:

1. Secara tidak langsung - Guru mengawasi aktiviti penulisan sambil meminta pelajar membaca perkataan 'ana', 'ani', 'ina' dan 'ini'.

2. Secara formal - Menggunakan Buku 1 Bacalah Anakku, pelajar membaca perkataan yang dipelajari di dalam buku.

Pastikan pelajar menggunakan jari untuk menggaris perkataan sambil membaca.

Saya juga suka selak sikit-sikit perkataan untuk pelajar baca. Fokus pelajar akan lebih baik.

Teringat sewaktu mengajar anak lelaki saya, dia akan mengatakan "Alaa banyaknya kena baca!", kalau buka semua.

PERHATIAN:
1. Senyum dan beri galakan dan pujian sepanjang pengajaran dan pembelajaran. Petua guru akan sentiasa awet muda!
2. Langkah pengajaran di atas boleh dibahagikan kepada 2 masa. Langkah 7 dan 8 tidak semestinya di dalam urutan. Aktiviti permainan boleh didahulukan daripada aktiviti penulisan.
===================================

Dapatkan Panduan lengkap mengajar anak membaca yg ditulis oleh Nik Eliani!Insyaallah anda akan teruja untuk mengajar anak sendiri membaca..lagi bagus lepas dah baca Buku Bertajuk Ajar Anak Kecil Membaca Awal, terus ajar anak membaca guna Set Bacalah anakku dan VCD Abu Ada Ayam...pakej lengkap ajar anak membaca...dapatkan Percuma Buku Seronoknya Membaca & Mewarna ABC untuk yang 10 orang yang komen dan buat bayaran hari ini juga. SMS "setmembaca" ke 013-9710365 (Rosmaria) untuk order pakej lengkap mengajar anak membaca sekarang juga!

Pakej ini mengandungi :

1.Buku Bertajuk Ajar Anak Kecil Membaca Awal.
Buku Ajar Anak Kecil Membaca Awal.Buku ini ditulis berdasarkan pengalaman Nik Eliani Nik Nawi dan suaminya Othman Ahmad dengan lebih 20 tahun membesarkan anak-anak sendiri seramai 6 orang dan membantu mereka membaca awal.Kami berharap buku ini dapat menjadi panduan dan tunjuk ajar berguna kepada ibu bapa dan guru yang berminat untuk mengajar anak
kecil membaca pada usia awal.

2.Kandungan Set Bacalah Anakku: adalah 8 Buah Buku,1 Buku Panduan Untuk Ibu Bapa Mengajar Anak-Anak,1 VCD Panduan Mengajar, 12 Keping Kad Imbas sebagai alat bantu mnegajar.

3.Kandungan VCD lagu Abu Ada Ayam ada VCD lagu untuk anak anak belajar mengenal bunyi bunyi huruf, anak2 lebih cepat membaca apabila belajar sambil mendengar lagu ni, 30 keping kad imbas sebagai alat bantu mengajar & 1 buku mewarna untuk anak-anak

Percuma Buku Seronoknya Mewarna & Mewarna ABC.

Beli Pakej Lengkap Mengajar Anak Membaca Bahasa Melayu dengan Percuma Buku Seronoknya Mewarna & Mewarna ABC hanya pada harga RM91.20 termasuk kos poslaju dalam semenanjung Malaysia atau RM100 termasuk caj pos guna NATION WIDE ke Sabah/Sarawak. SMS/whatsapp "setmembaca" ke 013-9710365(Rosmaria) untuk order pakej lengkap mengajar anak membaca sekarang juga!

Ok, cara nak bayar pula..senang je..

Jika berminat, boleh buat bayaran ke akaun bank:

MAYBANK
No Akaun : 156178004701
Nama: Rosmaria binti Mohamed Mokhtar
Third Party Email: [email protected]

CIMB
No Akaun: 7607344067
Nama:Rosmaria binti Mohamed Mokhtar
Third Party Email: [email protected]

Selepas bayar PM pada https://www.facebook.com/messages/KidsBookEstore atau sms/WhatsApp kepada 013-9710365 atau email kpd [email protected] nama bank (maybank atau CIMB), masa bayaran, jumlah bayaran, nama produk, nama penuh, alamat penghantaran, dan juga phone no untuk kami pos laju


About Us

  • Legasi Cikgu Maria

    Pengedar dan pembekal barangan pendidikan kanak-kanak dan Edutoys. Kami turut menyediakan Service, kelas membaca untuk berusia 5-12 tahun dan Kursus kaedah mengajar online dan offline menggunakan kaedah Bacalah Anakku dan ReadEasy.


© Legasi Cikgu Maria. powered by instaweb.my